Catatan Hujung November 16, 2009
Posted by alfatihahalhusainy in Aktiviti Sekolah.Tags: Motivasi + Jamuan
add a comment
Pada 15 November 2009 Sekolah Kebangsaan Seneng telah mengadakan Majlis Perjumpaan Ibu Bapa murid Tahun Lima yang akan melangkah ke Tahun Enam pada 2010 kelak.
Majlis tersebut bermula jam 8.45 pagi dan berakhir jam 10.30 pagi dimulakan dengan kata alu-aluan pengerusi majlis seterusnya bacaan doa dan ucapan Puan Guru Besar.
Antara isi ucapan Puan Guru Besar ialah perlunya Ibu Bapa dan Penjaga mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak di musim cuti ini.
Seterusnya diikuti oleh ceramah Motivasi Pelajar Tahun Enam sebagai persediaan untuk memasuki Tingkatan Satu di SMK Jelawat yang disampaikan oleh Guru Disiplin SMK Jelawat En Shahril
- Selepas itu semua guru-guru SK. Seneng telah bertolak ke Dynasty Inn untuk menikmati makan tengahari sempena Jamuan Akhir Tahun bagi sesi pengajian 2009.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua guru-guru dan kakitangan sekolah.
Puan Guru Besar telah merakamkan ucapan terima kasih diatas segala kerjasama yang diberi oleh seluruh warga sekolah dan mengharapkan agar lebih banyak sumbangan tenaga dan buah fikiran akan diterima dimasa hadapan.







