jump to navigation

Selamat Menyambut Aidil Adha 1432 H November 11, 2011

Posted by alfatihahalhusainy in Uncategorized.
add a comment

Selamat menyambut hari raya haji tahun 1432 H/2011 M diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat, Semoga segala ibadat korban yang kita laksana diterima dan mendapat pahala.
Pada tahun ini,saya telah dikurniakan seorang lagi anak lelaki dan telah dilaksana aqiqahnya pada hari raya pertama.
Untuk satu bahagian lembu,harganya RM 260 dan selesai segala urusan korban ketika jarum jam menunjuk angka dua petang.

Kelahiran Ahmad Fawwaz September 24, 2011

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
add a comment

Pada jam 9.00 malam 14 Ogos 2011 bersamaan 14 Ramadhan 1432 H, lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Ahmad Fawwaz atau timangannya sebagaimana digelar oleh kakaknya, Ahmad Albab. Beratnya semasa dilahirkan 3.7 kg dan sekarang selepas 30 hari beratnya menjangkau 5 kg

Kelahiran Cahayamata Mei 8, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
Tags:
add a comment

Pada jam 09.24 pagi Khamis 06 Mei 2010, telah lahir bayi perempuan yang diberi nama Fatimatuzzahra ke dunia. Anak pasangan Ab Fathah bin Mat Hussin @ Mohamed dan Yusnita binti Yusoff merupakan cucu perempuan pertama bagi Tuan Haji Mat Hussin dan Puan Hajjah Ruhani.
Berat bayi tersebut adalah 3.5 kg dan panjangnya 50 cm.

untuk melihat gambar-gambar bayi tersebut sila klik di facebook atau di picasaweb

Haji Abdullah Mei 1, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
add a comment

Haji Abdullah bin Abdul Samad telah berkahwin dengan Hajjah Zainab binti Abdullah (To’ Kadok Tua) dan memperolehi dua orang anak, yang sulong bernama Yusoff dan yang kedua bernama
kemudian beliau berkahwin pula dengan

Haji Yusoff Mei 1, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
Tags:
add a comment

Haji Yusoff bin Haji Abdullah merupakan anak sulong pasangan Haji Abdullah bin Haji Abdul Samad (To’ Pulai Chondong) dengan Hajjah Zainab binti Abdullah (To’ Kadok Tua).
Beliau berkahwin dengan Saadiah @ Aisyah binti yang berasal daripada Kampong Sungai Tendong, Pasir Mas dan mendapat seorang anak lelaki bernama Mohd Zin
kemudian beliau berkahwin pula dengan dan mendapat seorang anak perempuan bernama Patmah yang di gelar Mok Nik Moh

Mohd Zin Mei 1, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
Tags:
add a comment

Mohd Zin bin Haji Yusoff merupakan Penghulu Mukim Merbau Chondong, Pulai Chondong, Machang, Kelantan.
Beliau berkahwin dengan dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Hasanah.
Pada tahun 19 beliau bercerai dengan isterinya yang merupakan sepupunya sendiri dan berkahwin dengan dua pupunya yang bernama Aisyah binti Mohamad dan mendapat lapan orang cahayamata, Mohamad, Kamaruddin, Yah (mati lemas di sungai sewaktu kecil), Ruhani, Alui, Mohd Noor, Abdullah dan Fatimah.

Ruhani April 30, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
Tags:
add a comment

Ruhani @ Hamidah binti Mohd Zin merupakan anak ke lima daripada sembilan adik-beradik, ibunya Aisyah binti Mohamed merupakan anak bongsu perempuan kepada pasangan Imam Mohamad bin Mohamad Arshad dan Fatimah binti Mat yang berasal dari kampong Pendek, Kedai Mulong

Adik-beradik beliau ialah Mohamad yang lahir tahun 1950 dan bertugas sebagai anggota Bomba dan Penyelamat, yang kedua Kamaruddin, yang ketiga perempuan bernama Kamariah dan telah meninggal semasa kecil akibat lemas di sungai,yang keempat ialah Ruhani tetapi lebih dikenali sebagai Hamidah dikalangan keluarga, kelima ialah Alui bekas guru dan berkahwin dengan sepupunya sendiri Arifah binti bin dan Kalsum binti Mohamad
,yang keenam ialah Mohd Noor yang masih bertugas sebagai guru di SMK dan berkahwin dengan Kamariah binti Ibrahim

View this document on Scribd

Yusoff April 30, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
Tags:
add a comment

Yusoff bin Wanik berkahwin dengan Fatimah binti Omar dan mendapat dua orang cahayamata, yang sulong bernama Aisyah dan yang kedua bernama Hassan.
Kemudian Yusoff dan Fatimah bercerai
setelah itu, ia berkahwin dengan Tanjung dan mendapat seorang anak lelaki bernama Abdul Hamid.
Abdul Hamid berkahwin dengan Mak Nab To’ Bidan dan mendapat tiga orang anak lelaki, Yang sulong bernama Mahmod, seorang pesara askar, yang kedua Abdul Rahman, seorang guru dan yang bongsu bernama Hashim, juga menjadi guru.
sebelum kematiannya, ia sempat berkahwin dengan dan mendapat seorang anak lelaki bernama Nasir yang telah dipelihara oleh adiknya

Omar April 30, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
Tags:
add a comment

Omar berkahwin dengan Lebar dan mendapat dua orang anak perempuan, yang sulong bernama Fatimah dan yang bongsu bernama Habibah.
Habibah berkahwin dengan dan mendapat empat orang anak perempuan, yang sulong bernama Zainab, Sepiah dan dua anak kembar perempuan Siti Hawa dan Siti Aminah.
Siti Aminah meninggal dunia semasa bayi

Sementara Fatimah berkahwin dengan Yusoff bin Wanik dan mendapat dua orang anak, yang sulong Aisyah dan yang bongsu Hassan

Mat Hussin @ Mohamed April 28, 2010

Posted by alfatihahalhusainy in Sejarah Keluarga.
Tags:
add a comment

Mat Hussin @ Mohamed telah dilahirkan pada Jun 1941 oleh ibunya Aisyah binti Yusoff bin Wanik dan tinggal di kampong Chicha bersama ibu dan neneknya Fatimah binti Omar yang dipanggil To’ Timoh sebelum ibunya berkahwin lain setelah bercerai dengan ayahnya Yusoff bin Abdul Rahman
Beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian yang ditadbir oleh Cikgu Hamid bin sehingga tahun sebelum menyambung pelajaran menengah ke Sekolah Melayu Maahad
Setelah dewasa, beliau berkahwin dengan Ruhani @ Hamidah binti Mohd Zin dan dikurniakan tujuh orang anak, yang sulong bernama Ab. Fathah, Azaziah, Anuar Junaidi, Salimah, Ahmad Rahimi, Kamilah dan yang bongsu Ahmad Syarafi

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.